Bank Muamalat tawar bantuan kewangan bersasar kepada pelanggan - Utusan Malaysia

Bank Muamalat tawar bantuan kewangan bersasar kepada pelanggan

bank muamalat
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Bhd. menawarkan bantuan kewangan bersasar bagi menyokong pelanggan yang berdepan tekanan kewangan sementara susulan ketidaktentuan global, termasuk perkembangan di Asia Barat.

Inisiatif di bawah Program Bantuan Ketahanan Kewangan Sementara adalah komitmen berterusannya untuk bersama pelanggan dalam menghadapi cabaran semasa, selaras dengan usaha industri perbankan memperkukuh daya tahan kewangan rakyat Malaysia.

Program itu dibangunkan berasaskan kerangka sokongan kewangan sedia ada Bank Muamalat yang diperkukuh bagi membantu pelanggan menghadapi tekanan kewangan sementara dalam persekitaran semasa.

Ia disasarkan kepada pelanggan yang mengalami gangguan pendapatan jangka pendek tetapi masih mempunyai keupayaan kewangan dalam jangka panjang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Khairul Kamarudin berkata, inisiatif itu mencerminkan pendekatan proaktif bank dalam memelihara kesejahteraan pelanggan sambil mengekalkan disiplin kewangan berhemat.

“Dalam menghadapi ketidaktentuan global termasuk perkembangan di Asia Barat, Bank Muamalat kekal komited untuk menyokong pelanggan melalui penyelesaian kewangan yang bertanggungjawab dan berteraskan keprihatinan.

“Inisiatif ini bukan sekadar memberikan kelegaan sementara, tetapi bertujuan membantu pelanggan kembali mencapai kestabilan kewangan secara mampan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menegaskan sebagai institusi kewangan Islam, Bank Muamalat berpegang kepada prinsip Amanah dan Ihsan dalam memastikan kebajikan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN