PETALING JAYA: Rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dalam penggunaan bahan api memandangkan permintaan terhadap produk tersebut melebihi daripada penawaran, susulan kenyataan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bahawa 40 peratus keperluan minyak mentah negara melalui Selat Hormuz. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kebimbangan yang perlu diambil kira adalah stok petroleum boleh berkurangan dalam kadar segera. “Justeru, terdapat kewajaran untuk melaksanakan langkah penjimatan penggunaan petroleum. Kerajaan…










