PETALING JAYA: Sektor penjagaan kesihatan negara kini berdepan krisis tenaga kerja yang semakin meruncing apabila dianggarkan berlaku kekurangan 13,000 doktor pakar menjelang 2030. Menurut analisis MBSB Research, situasi negatif itu menimbulkan kebimbangan terhadap kelangsungan sistem kesihatan awam di seluruh Malaysia, terutamanya dalam sektor penjagaan kesihatan tempatan. Menurutnya, isu itu bertambah kritikal apabila kira-kira 40 peratus tawaran jawatan tetap pakar tidak diisi, manakala kadar latihan semasa hanya melahirkan antara 1,000 hingga…










