PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka lemah hari ini apabila jatuh 3.84 mata kepada 1,707.17 pada 9.24 pagi ini berbanding 1,711.01 ketika ditutup semalam, susulan ketidaktentuan pasaran akibat konflik di Asia Barat.
Indeks penanda aras FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KCLI) dibuka rendah pada 1,701.94
Jumlah dagangan sebanyak 313.06 juta unit bernilai RM194.95 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 287 berbanding 208 dengan 321 kaunter tidak berubah dan 1,868 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 425.93 mata atau 0.78 peratus kepada 54,027.03 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura turun 2.20 mata kepada 4,853.13 dan indeks Kospi Korea Selatan jatuh sebanyak 1.29 peratus kepada 5,511.15.-UTUSAN










