PETALING JAYA: Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak dalam julat 1,700 mata hingga 1,730 mata untuk satu hingga dua minggu ini, sebelum hala tuju yang lebih jelas dapat dikenal pasti. Penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, memandangkan kitaran ekonomi global menunjukkan tanda-tanda perlahan, pasaran saham dijangka berdepan tekanan dalam jangka sederhana. “Prestasi Bursa Malaysia pada minggu lalu menunjukkan peningkatan ketara yang seolah-olah memberi…










