Mardhiyyah Hotel & Suites jual 100 peratus baucar tempahan awal bufet ramadan

Mardhiyyah Hotel & Suites jual 100 peratus baucar tempahan awal bufet ramadan

CHEF menunjukkan salah satu hidangan kambing golek pada bufet Ramadan Mardhiyyah Hotel & Suites.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mardhiyyah Hotel & Suites telah menjual 100 peratus baucar tempahan awal Bufet Ramadan.

Pengarah Jualan dan Pemasaran hotel, Rohayah Ab. Satar berkata, setakat ini, sebanyak 100 peratus baucar telah dijual kepada syarikat korporat, manakala selebihnya disumbangkan oleh segmen individu.

“Dengan prestasi memberangsangkan susulan sambutan positif terhadap promosi tempahan awal, menandakan prospek jualan yang kukuh bagi segmen hospitaliti sepanjang bulan Ramadan.

“Bufet Ramadan kami pada tahun ini disasarkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, merangkumi keluarga, syarikat korporat serta individu yang ingin berbuka puasa dalam suasana yang selesa dan eksklusif.

“Dari segi penawaran, kami memastikan hidangan, harga dan kemudahan yang disediakan seimbang serta selari dengan nilai yang ditawarkan sepanjang Bufet Ramadan tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, jelas Rohaya, Mardhiyyah Hotel & Suites menyasarkan seramai 700 orang sehari bagi jualan Bufet Ramadan.

“Sasaran ini disokong dengan penyediaan dua ruang makan, iaitu Royale Songket Restaurant dan Tung Yuen Restaurant, bagi memastikan keselesaan serta
kelancaran pengalaman berbuka puasa kepada para pelanggan.

“Kedua-dua ruang ini menawarkan menu bufet yang sama, menampilkan lebih 100 pilihan hidangan yang disediakan setiap hari,” katanya.

Jelas beliau, Bufet Ramadan Destinasi Rasa 3.0 membawa kesinambungan kepada kejayaan buffet ramadan 1.0 dan 2.0 yang lalu.

Katanya, pihak hotel mengambil maklum akan menu yang menjadi pilihan pelanggan dan mengekalkannya untuk tahun ini. Setiap ramadan, kami membawakan
hidangan yang penuh variasi daripada seleksi tempatan dan antarabangsa.

“Kepelbagaian ini telah menjadikan Bufet Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites ini sebagai destinasi yang tepat untuk berbuka puasa.

“Pasukan kulinari juga mengambil kira setiap kualiti menu-menu. Pihak hotel mahu pelanggan bukan sekadar makan, tapi melalui satu pengalaman rasa yang menggamit memori.

“Istimewanya tahun ini, kami memperkenalkan hidangan baru seperti Seafood On Ice, Somtam, Churos yang dimasak Live, Thai Boat Noodle dan Gulai Kambing Batang Pisang Kenduri untuk hidangan tempatan,” katanya.

Rohaya berkata, keunikan hotel bawa pada tahun ini adalah Gulai Kambing Batang Pisang Kenduri.

Semestinya Mardhiyyah Hotel & Suites mengharapkan untuk menjadi pilihan destinasi terbaik berbuka puasa tahun ini.

“Kami menitikberat akan keselesaaan setiap pelanggan yang datang disamping memberikan eksklusiviti dalam setiap pakej.

“Seterusnya, kami mengharapkan semua pelanggan berpuas hati dengan hidangan tempatan dan antarabangsa yang disediakan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN