Korporat tumbuh, momentum PRU16 sokong pasaran

Korporat tumbuh, momentum PRU16 sokong pasaran

CIMB Securities kekal optimis terhadap potensi pasaran ekuiti Malaysia bagi 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CIMB Securities kekal optimis terhadap potensi pasaran ekuiti Malaysia bagi 2026, disokong pertumbuhan pendapatan korporat yang stabil, ekonomi yang berdaya tahan serta momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Firma penyelidikan berkata, kira-kira 245 pelabur tempatan dan asing, dengan menggariskan beberapa pemacu utama yang menyokong unjuran positif tersebut.

“Antara faktor utama ialah jangkaan pertumbuhan pendapatan korporat sebanyak 6.4 peratus pada 2026, sekali gus menandakan tahun keemnat herturut-turut peningkatan keuntungan syarikat tersenarai.

“Pada masa sama, CIMB Securities meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 4.4 peratus tahun depan, disokong permintaan domestik yang mampan dan persekitaran pelaburan yang lebih stabil,” katanya dalam nota penyelidikan. 

Firma itu menjangkakan pengukuhan ringgit yang berpotensi menarik semula aliran masuk dana asing ke pasaran tempatan.

“Dari sudut sentimen pasaran, CIMB Securities melihat kemungkinan berlakunya rali pra-PRU16, mengambil kira sejarah prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan pulangan positif dalam tempoh 12 bulan sebelum pilihan raya bagi tiga daripada empat kitaran lalu.

“Sektor perbankan, pengguna dan perindustrian lazimnya muncul sebagai penerima manfaat utama dalam fasa tersebut,” katanya. 

Selain itu, peluasan program GEAR-uP kepada 30 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan sasaran permodalan pasaran RM100 bilion dan pulangan pemegang saham 7.5 peratus dilihat mampu menjadi pemangkin tambahan kepada pasaran.

Potensi pelaksanaan inisiatif ‘value-up’ yang bertujuan meningkatkan piawaian korporat serta prestasi pasaran turut dijangka menyokong penilaian semula saham tempatan.

CIMB Securities turut berpandangan bahawa perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri yang menekankan pembaharuan institusi dan ekonomi utama akan memperkukuh keyakinan pelabur terhadap hala tuju dasar negara.

Sehubungan itu, firma broker berkenaan mengekalkan sasaran akhir tahun FTSE Bursa Malaysia KLCI pada 1,772 mata, berdasarkan nisbah harga kepada pendapatan (PER) 15.8 kali, sambil mengekalkan sektor dan saham pilihan utamanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN