PASARAN kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B di Malaysia memang antara yang paling kompetitif ketika ini. Malah, segmen ini menyumbang bahagian terbesar dalam pasaran SUV tempatan, didorong sambutan terhadap model seperti Proton X50, Honda HR-V dan Perodua Traz sentiasa jadi sebutan. Kini, Jaecoo mahu masuk gelanggang sama menerusi Jaecoo J5, sebuah SUV segmen B yang cuba tampil dengan imej lebih premium, tetapi masih dengan harga yang boleh dianggap mesra poket…










