CUCKOO Malaysia pasang 96 stesen air di KLIA - Utusan Malaysia

CUCKOO Malaysia pasang 96 stesen air di KLIA

HOE Kian Choon (tiga, kiri) ketika Pelantikan Rasmi Cuckoo Malaysia sebagai Rakan Strategik bagi Visit Malaysia 2026 pada Majlis Berbuka Puasa Cuckoo 2026 di The Linc, Kuala Lumpur. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) dilantik sebagai Rakan Strategik Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) serta memasang 96 unit stesen air minuman di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada majlis sama, syarikat itu turut mengumumkan kesinambungan kerjasama bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Phei Yong sebagai duta jenama, selain melancarkan maskot pertamanya, HEPI.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, misi syarikat adalah meningkatkan taraf hidup dengan mengintegrasikan kesejahteraan dalam setiap kediaman.

“Penyelarasan pertumbuhan syarikat dengan agenda nasional seperti TMM2026 serta pengenalan HEPI sebagai simbol misi kediaman sihat membolehkan impak lebih luas dicapai, merangkumi kediaman persendirian dan masyarakat umum.

“Ini adalah gerakan holistik dan tersusun bagi memastikan janji kehidupan lebih sihat dan bahagia dapat dirasai pada setiap titik sentuh pengalaman di Malaysia,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa CUCKOO 2026, di sini, semalam.

Sebagai rakan sektor swasta utama Tourism Malaysia, CUCKOO Malaysia memperkenalkan inisiatif tiga serangkai berteraskan kesejahteraan dan budaya bagi meningkatkan daya tarikan negara, termasuk pelancaran HEPI sebagai simbol kediaman sihat.

HEPI diinspirasikan daripada perkataan ‘Happy’ dan membawa maksud ‘Pencipta Kediaman Sihat’ yang neutral.

Reka bentuknya menampilkan mata berbentuk bulan sabit dan senyuman mesra, dengan tangan terbuka luas seakan-akan mengalu-alukan semua, manakala simbol hati di dada melambangkan kebahagiaan hasil kesejahteraan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia, Queenie Goh berkata, ekosistem penyelesaian kesejahteraan holistik syarikat bukan sahaja memupuk kesejahteraan dalam kediaman, malah menyemai kebahagiaan dalam kalangan masyarakat.

“Menerusi kerjasama strategik bersama jenama ikonik, personaliti berpengaruh serta pengenalan HEPI, syarikat akan terus mempergiat usaha memastikan mesej kediaman sihat diperluas ke seluruh negara.

“Kami berharap dapat terus memperkasa lebih ramai untuk menjadi #SAMASAMAHealthier dan menggalakkan semua menghargai kebahagiaan yang lahir daripada kesejahteraan,” katanya.

Dalam pada itu, CUCKOO Malaysia bersama Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. turut memperkenalkan tiga produk premium baharu di bawah program “CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung”.

Ia merangkumi Kombo Mesin Basuh Pengering AI Samsung (12/7kg) pada RM150 sebulan selama 36 bulan, TV 65 inci QLED QEF1 4K Samsung Vision AI Smart TV pada RM148 sebulan selama 36 bulan serta Samsung Galaxy Tab S10 FE+ (256GB) pada RM160 sebulan selama 24 bulan.

Ketiga-tiga produk ditawarkan menerusi model sewaan yang fleksibel dan mampu milik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN