Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi

Bursa Malaysia kembali positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi, didorong oleh aktiviti belian sederhana dalam suasana sentimen pasaran yang kekal berhati-hati.

Pada pukul 5 petang, pasaran saham tempatan naik 2.46 mata kepada 1,690.36 pada pukul 5 petang tadi, berbanding 1,687.00 pada Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,694.29.

Jumlah dagangan sebanyak 3.64 bilion unit bernilai RM3.96 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 547 berbanding 511 dengan 549 kaunter tidak berubah dan 1,060 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 822.13 mata atau 1.58 peratus kepada 51,063.72 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura turun 0.06 peratus kepada 4,894.15 dan indeks Kospi Korea Selatan jatuh 4.26 peratus kepada 5,052.46. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN