Bursa Malaysia berdaya tahan, kekal positif pagi ini

Bursa Malaysia berdaya tahan, kekal positif pagi ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasaran saham tempatan terus positif apabila melonjak 8.06 mata 9.37 pagi ini kepada 1708.27, berbanding 1700.21 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada 1704.23.

Jumlah dagangan sebanyak 528.12 juta unit bernilai RM334.23 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untuk mengatasi rugi sebanyak 457 berbanding 223 dengan 363 kaunter tidak berubah dan 1,581 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun susut 792.67 mata atau 1.37 peratus kepada 57,264.57, manakala STI Singapura naik 1.02 peratus kepada 4,940.84 mata ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks KOSPI Korea Selatan turun 116.33 mata atau 1.86 peratus kepada 6,127.80.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN