Allianz General tawar perlindungan insurans peribadi dipertingkat untuk pengguna jalan raya - Utusan Malaysia

Allianz General tawar perlindungan insurans peribadi dipertingkat untuk pengguna jalan raya

SEAN WANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menawarkan perlindungan kemalangan peribadi motor yang dipertingkatkan bagi penunggang motosikal dan pemandu kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, pihaknya komited dalam menyediakan penyelesaian yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan, serta penumpang depan dan belakang mereka.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada perlindungan yang mampu milik dan menyeluruh, sama ada mereka berada di atas dua roda atau empat roda,” katanya dalam kenyataan.

Penunggang motosikal adalah antara pengguna jalan raya yang paling terdedah memandangkan mereka terdedah kepada elemen fizikal dan Allianz General berkomitmen untuk memberikan mereka perlindungan yang lebih baik.

Mulai 3 Mac 2026 hingga 31 Disember 2026, pelanggan yang membeli atau memperbaharui polisi Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif atau Pihak Ketiga) akan menikmati peningkatan perlindungan Kemalangan

Di bawah Perlindungan kemalangan jalan raya yang ditingkatkan secara percuma, pemegang polisi dan penumpang mereka kini layak menerima jumlah perlindungan sebanyak RM25,000 untuk kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan jalan raya, berbanding perlindungan standard sebanyak RM10,000.

Motosikal yang diinsuranskan hendaklah memiliki kapasiti enjin maksimum sehingga 250cc atau 12,000 watt.

Manfaat yang dipertingkatkan ini mencerminkan dedikasi Allianz General untuk melindungi penunggang motosikal dan insan yang mereka sayangi, memastikan mereka lebih dilindungi di jalan raya

Bagi pemandu kereta, Allianz General menawarkan cara mampu milik untuk meningkatkan perlindungan mereka dengan tambahan Drive Guard.

Apabila pelanggan membeli atau memperbaharui polisi Komprehensif Kereta Persendirian Allianz pada bila-bila masa antara 3 Mac 2026 hingga 31 Disember 2026, mereka boleh menambah perlindungan Drive Guard dengan hanya RM5 setahun.

Drive Guard menyediakan faedah yang menyeluruh, termasuk perlindungan sehingga RM50,000 untuk kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan jalan raya, serta pendapatan hospital sebanyak RM50 sehari untuk tempoh sehingga 60 hari.

Perbelanjaan perubatan juga dilindungi sehingga RM2,000, selain elaun berkabung sebanyak RM2,500.

Dengan Drive Guard, pemandu dan penumpang mereka boleh menikmati perlindungan menyeluruh, sokongan kewangan dan ketenangan fikiran sekiranya berlaku kemalangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN