Akmal adakan pertemuan dengan Arm, bincang sektor semikonduktor negara

Akmal adakan pertemuan dengan Arm, bincang sektor semikonduktor negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi mengadakan pertemuan dengan pengurusan syarikat teknologi global, Arm bagi membincangkan perkembangan kerjasama sedia ada dan hala tuju dalam sektor semikonduktor negara.

Menurut Akmal Nasrullah Mohd. Nasir, pertemuan terbabit disifatkan penting kerana ia menjadi antara usaha bagi merealisasikan cita-cita radikal Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beliau berkata, pihaknya melihat masih banyak lagi usaha yang perlu difokuskan Malaysia bagi menjadi jaguh semikonduktor di peringkat hadapan (front end).

“Secara jujurnya dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, saya agak bimbang untuk berhadapan dengan mereka khususnya untuk berbincang mengenai kerjasama sedia ada.

“Ia penting demi merealisasikan cita-cita radikal NSS kita seperti yang digariskan dalam RMK13,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Akmal berkata, pertemuan bersama pihak pengurusan Arm, diadakan secara telus dan terbuka dengan kedua-dua pihak bersedia menyemak semula kemajuan kerjasama antara mereka.

Beliau bagaimanapun berkata, butiran lanjut hasil perbincangan akan diumumkan dalam masa terdekat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN