PETALING JAYA: Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak RM380 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM321 juta bagi suku sama tahun sebelumnya. Dalam makluman di Bursa Malaysia, pengendali rangkaian mudah alih kedua terbesar negara itu merekodkan pendapatan sebanyak RM2.87 bilion bagi tempoh yang sama, daripada RM2.77 bilion pada 2024. Bagi keseluruhan 2025 pula, Maxis melaporkan untung bersih sebanyak RM1.56 bilion daripada RM1.39 bilion…










