Untung bersih AmBank Group naik kepada RM529.58j

Untung bersih AmBank Group naik kepada RM529.58j pada suku ketiga

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AMMB Holdings Berhad (AmBank Group) melaporkan pertumbuhan 8.9 peratus untung bersih kepada RM529.58 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM486.49 juta pada suku sebelumnya, dipacu oleh pendapatan faedah bersih yang lebih tinggi.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, pendapatan kumpulan naik 3.1 peratus kepada RM1.28 bilion bagi suku yang sama daripada RM1.24 bilion pada tahun lalu.

Bagi sembilan bulan pertama pula, kumpulan perbankan keenam terbesar negara mengikut aset itu merekodkan untung pertumbuhan untung bersih sebanyak 6.3 peratus kepada RM1.58 bilion berbanding RM1.48 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan bagi tempoh sama pula dicatatkan sebanyak RM3.86 bilion daripada RM3.65 bilion pada tahun lalu, dengan pulangan ekuiti (ROE) tahunan lebih tinggi pada 10.1 peratus, manakala pulangan aset (ROA) tahunan bertambah baik kepada 1.06 peratus.

Prestasi lebih baik bagi tempoh tersebut, didorong oleh penambahbaikan dalam kedua-dua pendapatan faedah bersih (NII) dan pendapatan faedah bersih (NoII).

NII meningkat 4.4 peratus tahun ke tahun kepada RM2.79 bilion bagi sembilan bulan pertama, disokong oleh pengembangan margin pendapatan bersih (NIM) sebanyak empat mata asas tahun ke tahun kepada 1.98 peratus serta pertumbuhan pinjaman.

Sementara itu, NoII berkembang 10.0 peratus tahun ke tahun kepada RM1.07 bilion, hasil daripada keuntungan dagangan sekuriti yang lebih tinggi daripada Group Treasury and Markets (GTM) dan prestasi kukuh perniagaan insurans, sebahagiannya diimbangi oleh penurunan pendapatan fi daripada perbankan pelaburan, perbankan runcit dan perbankan perniagaan.

Secara keseluruhan, perbelanjaan meningkat 5.6 peratus tahun ke tahun kepada RM1.72 bilion disebabkan kos kakitangan yang lebih tinggi. 

Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group, Jamie Ling berkata, kumpulan mencatatkan pertumbuhan pendapatan dan keuntungan yang baik untuk sembilan bulan pertama tahun kewangan dengan mencapai ROE tahunan sebanyak 10.1 peratus dan ROA sebanyak 1.06 peratus. 

“Secara berhemat, kedudukan modal kami kekal kukuh sementara kedudukan kecairan mencukupi. Kami fokus untuk mencapai suku tahunan yang konsisten untuk menutup tahun kewangan tahun kewangan 2026 dengan kukuh,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai prospek tahun kewangan semasa, beliau berkata, kumpulan sedang mengurus profil risiko kami secara aktif, menilai potensi peningkatan serta risiko penurunan dan membuat pelarasan yang diperlukan pada pelan pertumbuhannya.

“Kumpulan telah mencatatkan satu lagi suku tahun yang baik. Walaupun terdapat tempoh ketidaktentuan luaran yang didorong oleh ketidakpastian geopolitik di seluruh dunia, ekonomi domestik telah menjadi lebih berdaya tahan dan berkembang. 

“Kami terus mencapai kemajuan yang baik untuk mencapai matlamat kewangan pada tahun kedua strategi WT29,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN