Steel Hawk terima kontrak dari Petronas Chemicals Methanol

Steel Hawk terima kontrak bawah air dari Petronas Chemicals Methanol

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Steel Hawk Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Steel Hawk Engineering Sdn. Bhd. (SHESB) memperoleh kontrak berjangka bagi perkhidmatan bawah air (underwater) daripada Petronas Chemicals Methanol Sdn. Bhd. (PC Methanol).

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia, kontrak berasaskan panggilan itu berkuat kuasa selama tiga tahun, bermula 9 Disember 2025 hingga 8 Disember 2028. 

Katanya, di bawah perjanjian tersebut, SHESB akan menyediakan perkhidmatan yang ditetapkan apabila diperlukan oleh PC Methanol sepanjang tempoh kontrak.

“Kontrak ini tidak mempunyai nilai tetap dan tidak dijangka memberi kesan material terhadap modal saham, struktur pegangan saham atau aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026. 

“Bagaimanapun, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tempoh tersebut,” katanya.

Menurut syarikat, kontrak berkenaan tidak mendedahkan Steel Hawk kepada sebarang risiko baharu memandangkan kumpulan telah terlibat secara aktif dalam perkhidmatan yang serupa sebelum ini. 

Selain itu, Steel Hawk berkata, tiada pengarah atau pemegang saham utama syarikat yang mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam kontrak tersebut.

“Kontrak ini juga tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia.

“Lembaga pengarah Steel Hawk berpendapat perolehan kontrak tersebut adalah dalam urusan biasa perniagaan dan demi kepentingan terbaik syarikat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×