Sime Darby Property raih untung bersih RM87.56 juta

Sime Darby Property raih untung bersih RM87.56 juta untuk suku keempat

SIME Darby Property.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mencatatkan untung bersih sebanyak RM87.56 juta pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM88.41 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, syarikat melaporkan pertumbuhan hasil kepada RM1.04 bilion bagi suku sama, daripada RM977 juta pada 2024.

Bagi keseluruhan tahun pula, untung bersih kumpulan naik tiga peratus kepada pada RM517.7 juta, manakala hasil pada RM4.18 bilion berbanding RM4.25 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Sime Darby Property telah mengisytiharkan dividen kedua sebanyak 1.70 sen sesaham bagi suku keempat 2025, sekali gus menjadikan jumlah dividen bagi tahun tersebut sebanyak 3.20 sen sesaham, dengan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM217.6 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, kejayaan melepasi paras jualan RM4.0 bilion dua tahun berturut-turut serta pencapaian keuntungan sebelum cukai tertinggi yang pernah direkodkan menunjukkan pelaksanaan berkesan strategi SHIFT25 kami. 

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah memperkukuh enjin pembangunan teras serta mengembangkan sumber pendapatan berulang. 

Inisiatif-inisiatif ini memberikan kami kecekapan untuk mengemudi perubahan pasaran, di samping memperkukuh keupayaan kami dalam menjana nilai kepada pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan.

Azmir berkata, Sime Darby Property dijangka akan berada pada kedudukan yang kukuh dalam mengekalkan momentum pertumbuhannya pada tahun 2026, selari dengan prospek ekonomi Malaysia yang stabil, persekitaran kadar faedah yang menggalakkan serta aktiviti berterusan dalam pasaran hartanah.

Katanya, dengan sasaran jualan sebanyak RM4.0 bilion dan perancangan pelancaran kira-kira RM4.7 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV) merangkumi pasaran tempatan dan antarabangsa, syarikat kekal memberi tumpuan kepada pelaksanaan berdisiplin terhadap keutamaan strategiknya.

“Kami kekal komited untuk meneruskan transformasi sebagai sebuah syarikat hartanah, sambil mengekalkan tumpuan yang jelas terhadap pelaksanaan berdisiplin, kepelbagaian portfolio serta pengembangan sumber pendapatan berulang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN