PETALING JAYA: Salis Pop Rice, snek beras pulut siap dimakan keluaran SAS Food Sdn. Bhd., kini mampu mencatatkan kapasiti pengeluaran sehingga satu tan sebulan, selain memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pengasasnya, Sally Basir berkata, produk berkenaan telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak 2018 dan status pensijilan itu masih sah sehingga 2027. Menurut beliau, kapasiti pengeluaran semasa membuka potensi perniagaan untuk menjana purata jualan bulanan…










