PETALING JAYA: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 5.2 peratus pada 2025 menunjukkan keberkesanan langkah-langkah dasar yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkukuh asas ekonomi domestik dan mengekalkan keyakinan pelabur serta perniagaan tempatan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, antara dasar utama yang menyokong prestasi ini ialah konsolidasi fiskal, yang melibatkan rasionalisasi subsidi bahan api, pengenalan cukai baharu dan pengembangan skop Cukai Jualan…










