NCT Alliance catat untung bersih RM47.8 juta 

NCT Alliance catat untung bersih RM47.8 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, NCT Alliance Berhad (NCT Alliance) mencatatkan untung bersih tertinggi sebanyak RM48.1 juta bagi tahun kewangan 2025 berbanding RM47.8 juta pada tahun sebelumnya.

Prestasi lebih baik ini disokong terutamanya oleh peningkatan bil kemajuan daripada Fasa 1 NCT Smart Industrial Park (NSIP) yang memasuki peringkat pembinaan lebih matang, selain sumbangan setahun penuh daripada Kumpulan NCT World.

Selain itu, syarikat itu mencatat hasil RM475.6 juta  bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, meningkat 26 peratus berbanding RM378.4 juta pada  tahun kewangan 2024.

Peningkatan ini dipacu oleh peningkatan aktiviti segmen perindustrian susulan pengambilalihan strategik Kumpulan NCT World Sdn. Bhd.

Keuntungan selepas cukai meningkat kepada RM48.1 juta, daripada RM47.8 juta, menandakan rekod keuntungan tertinggi syarikat setakat ini.

Peningkatan ini disokong terutamanya oleh kemajuan Fasa 1 NCT Smart Industrial Park (NSIP) dan sumbangan penuh setahun daripada Kumpulan NCT World.

Prestasi suku keempat juga kukuh, dengan hasil meningkat kepada RM100 juta, berbanding RM43.5 juta setahun lalu, manakala PAT meningkat kepada RM4.5 juta daripada RM3.5 juta. 

Ini menunjukkan momentum pelaksanaan projek perindustrian semakin baik.

Pengambilalihan Kumpulan NCT World menambah kira-kira 855 ekar tanah perindustrian dengan anggaran baki nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM4.8 bilion, sekaligus memperluas saluran pembangunan NCT Alliance dan menambah kepelbagaian dalam segmen perindustrian.

Pelaksanaan NSIP berjalan lancar, dengan Fasa 1 disasarkan siap sepenuhnya pada 2027, Fasa 2 dilancarkan November 2025, manakala Fasa 3 dan 5 bermula Jun 2025, dijangka siap secara berperingkat menjelang separuh pertama 2029. 

Projek NCT InnoSphere (NIS) yang dimulakan September 2025 juga dijangka menyumbang kepada pendapatan secara berperingkat mulai tahun kewangan hadapan.

Dalam mengembang perniagaan serantau, NCT Alliance memperluas operasi ke Sabah melalui projek bercampur Ion Borneo Garden(GDV RM175.5 juta, siap 2029) di Penampang dan Ion Marina Bay (GDV RM3.4 bilion, siap 2035) di Putatan, menyediakan koridor pertumbuhan baru bagi syarikat.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, tahun kewangan 2025 menandakan permulaan kitaran pertumbuhan baharu bagi NCT Alliance. 

“Dengan kejayaan integrasi Kumpulan NCT World dan kemajuan NSIP, kami berada pada kedudukan kukuh untuk pertumbuhan pendapatan mampan dan penciptaan nilai jangka panjang,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, prestasi ini menegaskan kedudukan NCT Alliance sebagai pemain utama dalam pembangunan hartanah perindustrian dan logistik di Malaysia, dengan strategi pengembangan yang berfokus pada skala, kepelbagaian dan daya tahan perniagaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN