PETALING JAYA: Melaka memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelancongan perubatan di rantau ini menerusi pembangunan hab kesihatan pakar bersepadu yang melibatkan nilai pelaburan reka dan bina berjumlah RM678 juta. Projek mercu tanda di Mukim Bukit Baru itu merangkumi pembinaan Putra Specialist Hospital 2 dan Brain & Spine Hospital di atas tapak seluas 9.9 hektar. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pembangunan itu merupakan satu anjakan paradigma dalam…










