PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA) terus memperkukuh momentum pembangunan hartanah di Johor susulan sambutan memberangsangkan terhadap projek kediaman premium, UDA Heights dengan hampir 80 peratus unit habis dijual. Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu berkata, permintaan kukuh melibatkan unit banglo dan rumah berkembar dua tingkat dalam projek berkenaan mencerminkan keyakinan pasaran terhadap pembangunan yang ditawarkan. Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Azrudyn Rashid berkata,…










