PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengagihkan dividen sekitar 5.8 hingga 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.5 hingga 6.0 peratus bagi Simpanan Syariah untuk tahun kewangan 2025. Penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, prestasi pelaburan yang kukuh, terutamanya dalam ekuiti menyokong jangkaan pulangan yang baik ini. Katanya, berdasarkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir…










