Bursa Malaysia ditutup positif

Bursa Malaysia ditutup positif

GAMBAR Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.72 mata kepada 1,741.26 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,739.54 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,740.66.

Jumlah dagangan sebanyak 1.80 bilion unit bernilai RM1.81 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 527 berbanding 465 dengan 547 kaunter tidak berubah dan 1,198 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 135.56 mata atau 0.24 peratus kepada 56,806.41 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, STI Singapura naik 0.02 peratus kepada 4,938.58 dan indeks KOSPI Korea Selatan turun 15.26 mata atau 0.28 peratus kepada 5,507.01. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN