PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 11.80 mata kepada 1,731.02 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,742.82 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,745.82.
Jumlah dagangan sebanyak 3.83 bilion unit bernilai RM3.66 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 920 berbanding 279 dengan 472 kaunter tidak berubah dan 981 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, STI Singapura naik 8.81 mata atau 0.18 peratus kepada 4,974.31 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks KOSPI Korea Selatan turun 207.53 mata atau 3.86 peratus kepada 5,163.57 dan Nikkei Jepun susut 475.32 mata atau 0.88 peratus kepada 53,818.04. – UTUSAN










