PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 1.30 mata kepada 1,755.09 pada pukul 9.01 pagi hari ini, berbanding 1,756,39 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,755.09.
Jumlah dagangan sebanyak 41.85 bilion unit bernilai RM22.86 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 72 berbanding 53 dengan 220 kaunter tidak berubah dan 2,351 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun naik 351.46 mata atau 0.61 peratus kepada 58,002.0 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura juga meningkat 12,940 mata atau 0.26 peratus kepada 4,997.52 dan indeks KOSPI Korea Selatan melonjak 91.48 mata atau 1.71 peratus kepada 5,453.06. – UTUSAN










