PETALING JAYA: Bursa Malaysia dijangka meneruskan momentum pertumbuhan di paras 1,700 mata dengan sektor utiliti menjadi tumpuan utama pada tahun ini. Pada 5 petang semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.25 mata kepada 1,715.16 daripada 1,710.91 pada Rabu. Indeks penanda aras dibuka rendah 0.56 mata pada 1,710.35 berikutan aktiviti mengambil untung. Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 582 berbanding 503, manakala 564 kaunter tidak berubah dan…










