SC Estate Builder ambil alih 25% kepentingan Sentosa Club Hotel

SC Estate Builder ambil alih 25% kepentingan Sentosa Club Hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SC Estate Builder Berhad (SCBUILD) memeterai perjanjian jual beli saham dan perjanjian pemegang saham berhubung cadangan pengambilalihan 25 peratus kepentingan ekuiti dalam Sentosa Club Hotel Sdn. Bhd. (Sentosa).

Dalam makluman di Bursa Malaysia, SCBUILD berkata, syarikat akan memperoleh 20 juta saham Sentosa dengan harga belian RM18.79 juta, melalui penerbitan 1.879 bilion saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS) pada harga RM0.01 sesaham.

Katanya, pihaknya juga melaksanakan perjanjian pemegang saham (SHA) dengan Koay Seok Chin dan Loh Shy Huey (secara kolektif, pemegang saham Sentosa) yang merekodkan komitmen SCBUILD dan pemegang saham Sentosa terhadap pengurusan Sentosa serta mengawal selia hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemegang saham selepas pengambilalihan.

“Seiring pengambilalihan ini, SCBUILD turut merancang pelbagaian perniagaan kumpulan untuk memasukkan sektor pelaburan hartanah serta pindaan perlembagaan syarikat bagi memudahkan penerbitan RCPS,” kataya.

Menurut syarikat, langkah ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memperkukuh portfolio pelaburan dan meningkatkan kehadiran dalam sektor hartanah.

Tambahnya, cadangan pelbagaian dan cadangan pindaan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham yang diterbitkan SCBUILD kerana ia tidak melibatkan sebarang penerbitan saham SCBUILD yang baharu.

“Permohonan kepada pihak berkuasa berkaitan akan dibuat dalam tempoh dua bulan dari tarikh pengumuman ini.

“Sekiranya tiada keadaan yang tidak dijangka dan tertakluk kepada semua kelulusan yang diperolehi, cadangan tersebut dijangka siap pada separuh kedua tahun 2026,” ujarnya.

M&A Securities telah dilantik sebagai penasihat utama untuk cadangan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN