PADA pertengahan Disember 2025, hanya beberapa minggu Malaysia menguatkuasakan pelaksanaan cukai karbon, TotalEnergies dan Google memuktamadkan perjanjian 21 tahun untuk membekalkan 1 TWh kuasa daripada tenaga boleh baharu (TBB) daripada ladang solar Citra Energies di Kedah. Pembinaan dijadualkan bermula pada awal tahun 2026, dengan kemudahan itu membekalkan kuasa kepada pusat data Google bernilai AS$2 bilion di Elmina Business Park, Selangor. Ini bukan sekadar mengenai pesanan tenaga mampan daripada sektor korporat,…










