Penguatkuasa hutan Indonesia denda anak syarikat Genting Plantations RM96.6 juta - Utusan Malaysia

Penguatkuasa hutan Indonesia denda anak syarikat Genting Plantations RM96.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Genting Plantations Bhd.mengumumkan bahawa anak syarikatnya di Indonesia didenda 396 bilion rupiah (RM96.6 juta) oleh Pasukan Petugas Penguatkuasaan Kawasan Hutan Indonesia atas dakwaan ketidakpatuhan di kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan hutan.

Dalam makluman kepada bursa, anak syarikat tidak langsungnya yang dimiliki sebanyak 95 peratus, PT Susantri Permai, telah menerima notis interim daripada pasukan petugas terbabit dan seterusnya telah membayar denda berkenaan

“Notis itu masih menunggu kata putus oleh pihak berkuasa,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, kumpulan perladangan itu tidak mendedahkan butiran mengenai dakwaan pelanggaran berkenaan dan juga tidak menyatakan sama ada penalti itu akan memberi kesan material terhadap prestasi kewangannya.

Indonesia memperketatkan penguatkuasaan terhadap syarikat perladangan yang beroperasi secara tidak sah di zon kawasan hutan, dengan sebahagian besar tanah yang dirampas dipindahkan kepada syarikat perladangan milik kerajaan, Agrinas Palma Nusantara

Genting Plantations, anak syarikat Genting Bhd., mempunyai simpanan tanah kira-kira 64,300 hektar di Malaysia dan sekitar 178,900 hektar di Indonesia, termasuk skim plasma, menurut laporan tahunan syarikat. 

Ia mengendalikan tujuh kilang kelapa sawit di Malaysia dan enam di Indonesia, dengan kapasiti pengilangan gabungan sebanyak 725 tan sejam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN