PETALING JAYA: TA Securities Holdings Berhad mengunjurkan pendapatan bukan faedah (non-NII) sektor perbankan berkembang sebanyak 9.6 peratus pada 2026, disokong oleh strategi silang jual, keuntungan dagangan dan pelaburan serta inisiatif berstruktur yang memanfaatkan hubungan pelanggan, ketidaktentuan pasaran dan segmen khusus. Firma pembrokeran berkata, bank-bank besar dijangka mendapat manfaat daripada skala dan dominasi serantau dalam pengurusan kekayaan serta pasaran modal, manakala bank-bank lebih kecil berusaha kekal kompetitif melalui kerjasama, penggabungan dan…










