PETALING JAYA: Bursa Malaysia melonjak 27.18 mata kepada 1,771.25 pada penutup dagangan hari ini, berbanding 1,744.07 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,749.25.
Jumlah dagangan sebanyak 3.61 bilion unit bernilai RM4.47 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 712 berbanding 516 dengan 545 kaunter tidak berubah dan 962 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, STI Singapura naik 50.10 mata atau 1.03 peratus kepada 4,911.03 dan Nikkei Jepun meningkat 448.29 mata atau 0.85 peratus kepada 53,333.54 indeks.
Sementara itu, indeks KOSPI Korea Selatan turut meningkat 135.26 mata atau 2.73 peratus kepada 5,084.85 ketika berita ini ditulis. -UTUSAN










