PETALING JAYA: Pembekal kentang sejuk beku global, Lamb Weston melancarkan produk runcit di Malaysia sekali gus mengukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara.
Selepas kejayaan pelancaran di Singapura pada November 2025, pengguna tempatan kini boleh menikmati kentang goreng Lamb Weston yang terkenal dengan kualiti setaraf restoran di rumah sendiri.
Pengarah Komersial Kanan Asia Pasifik, Jeevan Dass berkata, Malaysia mempunyai budaya makanan yang kaya serta minat yang semakin meningkat terhadap hidangan mudah disediakan di rumah.
“Melalui pelancaran ini, kami ingin membawa pengalaman menikmati kentang goreng berkualiti restoran terus ke dapur pengguna Malaysia. Bagi Lamb Weston, kualiti, rasa dan kerangupan sentiasa menjadi keutamaan.
“Produk kami bukan sekadar snek, tetapi sebahagian daripada detik-detik istimewa sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau ketika menikmati masa santai di rumah,” katanya dalam kenyataan.
Rangkaian runcit Lamb Weston di Malaysia menampilkan enam jenis potongan kentang goreng yang direka untuk memberikan rasa dan tekstur konsisten setiap kali dimasak.
Antaranya termasuk Twister Fries Seasoned yang menjadi kegemaran ramai serta Waffle Fries Seasoned yang penuh berperisa dengan permukaan tepi yang luas bagi menghasilkan kerangupan maksimum.
Turut diperkenalkan adalah Ziggy Fries Seasoned, kentang goreng zig-zag ikonik dengan lekuk lebih dalam untuk kerangupan ekstra dan Potato Dippers Natural, kentang goreng berbentuk cedok yang sesuai untuk dicicah dan dikongsi.
Selain itu, Rustic Fries Natural tampil dengan potongan berbentuk V bersama kulit, gaya rustic yang rangup di luar dan gebu di dalam manakala Grill Fries Salt & Pepper pula kentang goreng beralun yang diperisakan garam dan lada bagi rasa yang lebih menyerlah dan lebih rangup.
Kesemua kentang goreng Lamb Weston dihasilkan menggunakan teknologi salutan eksklusif Stealth yang membantu mengekalkan kerangupan sehingga dua kali lebih lama berbanding kentang goreng tanpa salutan.
Semua produk juga diperakui halal, mesra vegan dan bebas gluten, sesuai untuk pelbagai keperluan pemakanan.
Produk yang dikeluarkan ini direka untuk penyediaan mudah di rumah dan pengguna hanya perlu mengikuti arahan memasak pada bungkusan untuk menikmati kentang goreng premium tanpa perlu menambah minyak atau menggunakan deep fryer.
Produk ini boleh didapati di pasar raya terpilih termasuk Village Grocer, Ben’s Independent Grocer, The Food Merchant, AEON, Jaya Grocer, De Market dan QRA. – UTUSAN







