Indeks nilai seunit eksport turun kepada 153.4 mata

Indeks nilai seunit eksport turun kepada 153.4 mata pada Disember 2025

PELABUHAN Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks nilai seunit eksport Malaysia pada Disember 2025 mencatatkan penurunan 0.4 peratus kepada 153.4 mata daripada 154.0 mata pada bulan sebelumnya, menurut laporan Indeks Perdagangan Luar Negeri (2010-100), Disember 2025.

Indeks nilai seunit import juga jatuh 0.3 peratus daripada 124.5 mata kepada 124.2 mata, manakala terma perdagangan Malaysia susut 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 123.6 mata daripada 123.7 mata bukan sebelumnya. 

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, indeks nilai seunit eksport disumbangkan oleh kejatuhan dalam indeks minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (2.7 peratus), pelbagai barang keluaran kilang (0.5 peratus) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (0.3 peratus). 

“Sementara itu indeks volum eksport meningkat 13.8 peratus selaras dengan kenaikan dalam indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (23.6 peratus), barang-barang keluaran kilang (22.2 peratus) dan minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (14.5 peratus). 

“Indeks volum eksport pelarasan bermusim juga turut meningkat 7.0 peratus daripada 165.8 mata kepada 177.4 mata. 

“Walau bagaimanapun, merujuk kepada perbandingan tahunan, kedua-dua indeks nilai seunit dan indeks volum eksport meningkat 1.8 peratus dan 8.4 peratus,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, indeks nilai seunit import pula disumbangkan oleh penurunan dalam indeks minyak galian (1.8 peratus), bahan kimia (0.5 peratus) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (0.3 peratus). 

“Bagaimanapun, indeks volum import bertambah 4.0 peratus pada Disember 2025 berbanding bulan sebelum, disumbangkan oleh kenaikan dalam indeks pelbagai barangan keluaran kilang (32.3 peratus), bahan kimia (27.9 peratus) dan indeks makanan (25.2 peratus). 

“Selain itu, indeks volum import pelarasan bermusim meningkat 3.4 peratus daripada 234.3 mata kepada 242.3 mata. 

“Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan indeks nilai seunit import menurun 3.0 peratus manakala indeks volum import menaik 15.4 peratus,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN