Harga emas lepasi AS$5,000 seauns, anggaran RM707 segram - Utusan Malaysia

Harga emas lepasi AS$5,000 seauns, anggaran RM707 segram

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga emas mencapai rekod baharu pada AS$5,045 (RM20,047.68) seauns atau RM707 segram pada sesi Asia awal Isnin, berikutan risiko geopolitik dan kebimbangan terhadap Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan FXStreet yang memetik laporan BBC, perbincangan damai tiga hala pertama antara Rusia, Ukraine dan AS telah berakhir di Abu Dhabi tanpa sebarang kemajuan jelas, kerana pertempuran masih berterusan.

Katanya, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mencadangkan pertemuan kedua seawal minggu depan, sementara seorang pegawai AS berkata pusingan baharu akan bermula pada 1 Februari.

“Konflik yang berterusan antara Rusia dan Ukraine, bersama campur tangan ketenteraan di Venezuela dan ancaman untuk menganeksasi Greenland telah meningkatkan permintaan terhadap aset ‘safe-haven’ tradisional seperti emas.

“Pedagang kini menunggu pemilihan calon Pengerusi Fed yang seterusnya oleh Presiden AS, Donald Trump, selepas Trump berkata, beliau telah selesai menemu duga calon-calon,” katanya.

Pengerusi yang lebih cenderung longgar dijangka akan meningkatkan spekulasi mengenai pemotongan kadar faedah lebih lanjut tahun ini, yang boleh menyokong harga emas.

Tambahnya, kadar faedah yang lebih rendah boleh mengurangkan kos peluang memegang emas, seterusnya menyokong logam berharga yang tidak memberikan pulangan faedah ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN