PETALING JAYA: Gangguan kecil yang berlaku secara berulang dalam sistem pengangkutan awam di Lembah Klang menghakis keyakinan pengguna sehingga mendorong mereka kembali menggunakan kenderaan persendirian, menurut Institut Penyelidikan Khazanah (KRI). Berdasarkan Kajian Mobiliti Lembah Klang (GKLMOB) Fasa 1, gangguan kecil seperti ketibaan bas yang tidak menentu, perkhidmatan yang tidak konsisten, penyampaian maklumat gangguan yang tidak jelas serta akses ke stesen yang kurang selesa menyebabkan sistem itu rapuh dan sukar dipercayai.…










