PETALING JAYA: Bursa Malaysia catat paras tertinggi lebih lima tahun apabila naik 8.90 mata kepada 1,695.44 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,686.54 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,687.07.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.09 bilion unit bernilai RM2.72 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 641 berbanding 467 dengan 534 kaunter tidak berubah dan 1,008 tidak diniagakan.
Sementara itu, STI Singapura naik 27.24 mata atau 0.57 peratus kepada 4,771.90 dan indeks KOSPI Korea Selatan melonjak 38.47 mata atau 0.84 peratus kepada 4,624.79 ketika berita ini ditulis.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turut meningkat sebanyak 822.63 mata atau 1.61 peratus kepada 51,939.89 indeks. – UTUSAN










