PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 4.48 mata kepada 1,676.83 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,672.35 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,671.47.
Jumlah dagangan sebanyak RM2.72 bilion unit bernilai RM 2.75 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 565 berbanding 512 dengan 526 kaunter tidak berubah dan 1,046 tidak diniagakan.
Sementara itu, STI Singapura melonjak 2.42 mata atau 0.05 peratus kepada 4,742.39 dan indeks KOSPI Korea Selatan naik sebanyak 25.58 mata atau 0.57 peratus kepada 4,551.06 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, Nikkei Jepun susut 556.10 mata atau 1.06 peratus kepada 51,961.98 indeks. – UTUSAN










