Bursa Malaysia ditutup negatif

Bursa Malaysia ditutup negatif

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 14.76 mata kepada 1,756.49 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,771.25 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,769.79.

Jumlah dagangan sebanyak 3.65 bilion unit bernilai RM4.41 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 874 berbanding 383 dengan 526 kaunter tidak berubah dan 962 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, indeks KOSPI Korea Selatan naik 85.96 mata atau 1.69 peratus kepada 5,170.81 dan Nikkei Jepun meningkat 25.17 mata atau 0.04 peratus kepada 53,358.71.

Bagaimanapun, STI Singapura turun 13.87 mata atau 0.28 peratus kepada 4,909.15 ketika berita ini ditulis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN