PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 2.73 mata kepada 1,768.52 pada pukul 9.17 pagi hari ini, berbanding 1,771.25 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,769.79.
Jumlah dagangan sebanyak 111.19 juta unit bernilai RM61.18 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 121 berbanding 109 dengan 258 kaunter tidak berubah dan 2,257 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, STI Singapura meningkat 62.09 mata atau 1.28 peratus kepada 4,923.02 dan indeks KOSPI Korea Selatan naik 65.27 mata atau 1.28 peratus kepada 5,150.12 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, Nikkei Jepun susut 481.68 mata atau 0.90 peratus kepada 52,851.86. – UTUSAN










