Bursa Malaysia dibuka negatif

Bursa Malaysia dibuka negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 1.34 mata kepada 1,709.57 pada pukul 9.19 pagi hari ini, berbanding 1,710.91 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,710.35.

Jumlah dagangan sebanyak 72.04 juta unit bernilai RM20.15 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 90 berbanding 75 dengan 235 kaunter tidak berubah dan 2,234 tidak diniagakan.

Sementara itu, STI Singapura naik 5.38 mata atau 0.11 peratus kepada 4,812.51 dan indeks KOSPI Korea Selatan melonjak sebanyak 10.66 mata atau 0.23 peratus kepada 4,733.76 ketika berita ini ditulis.

Sementara itu, Nikkei Jepun susut 365.80 mata atau 0.67 peratus kepada 53,975.43 indeks. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN