PETALING JAYA: Ali Husin & Bros Group Sdn. Bhd. (AHB Group) memperuntukkan pelaburan bernilai antara ratusan ribu hingga jutaan ringgit bergantung kepada fasa projek dan keperluan secara berperingkat bagi operasi pembinaan rumah tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah AHB Group, Mohd. Hawarie Tan Muzi berkata, pelaburan tersebut merangkumi pengukuhan modal kerja, pembangunan sistem dalaman, teknologi dan automasi serta pengambilan dan pembangunan bakat profesional. “Pendekatan pelaburan kami adalah berhati-hati, berfasa…










