SEKTOR tenaga boleh baharu (TBB) di Malaysia bakal mengalami pertumbuhan ketara pada tahun 2026 berdasarkan kepada perkembangan permintaan di peringkat domestik mahupun serantau. Di peringkat domestik misalnya, ia didorong oleh peningkatan permintaan elektrik daripada pusat data selain momentum yang terhasil daripada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia (MyRER), dan pelaksanaan projek utama. Ketika ini Malaysia menyasarkan 40 peratus TBB dalam kapasiti…










