Tengku Zafrul beri bayangan akan terus berkhidmat dalam kerajaan  - Utusan Malaysia

Tengku Zafrul beri bayangan akan terus berkhidmat dalam kerajaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi bayangan beliau akan terus berkhidmat dalam kerajaan selepas ini.

Ini susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan peranan baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Nampaknya saya diberi peluang untuk terus berkhidmat. 

“Dalam kapasiti apa, saya juga masih menunggu,” katanya sambil menegaskan segala keputusan diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan negara.

Beliau mengulas demikian kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran EV pertama Perodua di Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Anwar dalam ucapan berkata, beliau akan memaklumkan jawatan baharu Tengku Zafrul pada 3 Disember ini. 

“Saya umum jawatan baharu pada 3 Disember ini,” katanya. 

Jawatan Tengku Zafrul akan berakhir pada 2 Disember ini. 

Tengku Zafrul dilantik sebagai Senator pada 10 Disember 2022 dan menerajui MITI sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN