SME Bank bantu usahawan terjejas banjir - Utusan Malaysia

SME Bank bantu usahawan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) anak syarikat Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menggerakkan sokongan bantuan banjir bagi membantu usahawan dan perniagaan yang terjejas akibat banjir yang melanda di seluruh negara baru-baru ini. 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan SME Bank dalam memastikan daya tahan PMKS, terutamanya ketika berlakunya gangguan operasi akibat bencana alam.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata, Samad Majid Zain menekankan kepentingan langkah proaktif yang tepat pada masanya serta banjir baru-baru ini telah menjejaskan operasi kebanyakkan usahawan di seluruh negara. 

Beliau berkata, sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI), peranan kami melangkaui pembiayaan, tetapi turut merangkumi sokongan yang tepat kepada usahawan yang memerlukan. 

“Inisiatif ini merupakan usaha awal yang dirangka untuk mengurangkan beban usahawan terjejas, menyokong pemulihan mereka serta mengukuhkan daya tahan menghadapi risiko iklim pada masa hadapan. 

“Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh usahawan yang terjejas serta membantu mereka pulih dengan cepat sambil mengukuhkan ketahanan terhadap bencana alam pada masa hadapan. 

“Dalam tempoh lima tahun yang lalu, inisiatif bantuan banjir kami telah menyokong hampir 500 pelanggan dengan jumlah baki belum dijelaskan (total outstanding value) sebanyak RM550 juta, menzahirkan komitmen jangka panjang kami untuk kekal bersama usahawan ketika berdepan situasi krisis,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, SME Bank turut menawarkan sokongan melalui Kemudahan Bantuan dan Adaptasi (RAFt), sebuah dana yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan banjir dan kelangsungan perniagaan PMKS. 

RAFt menyediakan dua bentuk bantuan bersasar iaitu pembiayaan bantuan, yang membantu mengurangkan kekangan aliran tunai segera untuk Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir, menawarkan sehingga RM1 juta pada kadar keuntungan 3.50 peratus setahun dan juga pembiayaan adaptasi, yang mengukuhkan ketahanan jangka panjang terhadap risiko banjir pada masa depan, menawarkan sehingga RM1 juta pada kadar keuntungan tiga peratus setahun, dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga tujuh tahun.

SME Bank menggalakkan para usahawan yang terjejas akibat banjir untuk menghubungi Pengurus Perhubungan masing-masing. 

Sebagai alternatif, mereka juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan SME Bank di 03-2603 7700 atau melayari www.smebank.com.my serta saluran media sosial rasmi untuk maklumat dan perkembangan terkini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN