Sektor minyak dan gas goyah berikutan lebihan bekalan

Sektor minyak dan gas goyah berikutan lebihan bekalan

MBSB Research mengekalkan penarafan neutral terhadap sektor O&G, dengan jangkaan harga minyak kekal lemah memasuki separuh pertama 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi kewangan sektor minyak dan gas (O&G) bagi suku ketiga tahun kewangan 2025 kekal sederhana, selari dengan jangkaan pasaran ketika harga minyak mentah global terus lemah, menurut  MBSB Research.

Firma penyelidikan berkata, penurunan harga Brent sejak awal tahun memberikan tekanan ketara kepada kebanyakan segmen dalam industri, khususnya huluan dan hiliran, manakala pemain midstream kekal stabil berikutan model perniagaan berasaskan yuran dan kontrak jangka panjang.

Katanya, keputusan suku terkini sebahagian besarnya menepati ramalan, walaupun terdapat sedikit tekanan di bahagian tertentu sehingga menyaksikan unjuran pendapatan Bumi Armada bagi tahun kewangan berakhir 2025 hingga 2027 diturunkan sebanyak 20 peratus.

“Penyedia perkhidmatan huluan terus terkesan oleh harga minyak rendah dan ketidaktentuan berkaitan Petronas-Petros, yang menyebabkan perbelanjaan modal lebih perlahan,” katanya dalam nota penyelidikan.

Sebaliknya, syarikat midstream seperti Dialog Group Berhad dan MISC merekodkan pertumbuhan pendapatan lebih stabil, manakala sektor hiliran, termasuk petrokimia, pemasaran dan pengedaran berdepan tekanan akibat lebihan kapasiti serta kejatuhan harga produk.

Sepanjang suku ketiga tahun kewangan 2025, harga Brent menurun daripada paras tertinggi suku itu iaitu AS$77 setong pada Jun, sebelum susut sehingga penghujung suku berkenaan.

Trend melemah berterusan pada 2025 apabila harga awal tahun sehingga kinijatuh daripada AS$82 setong pada Januari kepada AS$67 setong.

Menurut MBSB Research, penurunan masing-masing 13 peratus daripada puncak suku dan 19 peratus daripada puncak awal tahun hinga kini itu meningkatkan risiko terhadap pemain yang sensitif pada turun naik komoditi.

MBSB Research mengekalkan penarafan neutral terhadap sektor O&G, dengan jangkaan harga minyak kekal lemah memasuki separuh pertama 2026 akibat lebihan bekalan global.

“Ketidakpastian yang melanda pemain huluan serta kekurangan pemangkin dalam hiliran dan pengedaran gas menyokong pendirian berhati-hati kami. Tumpuan wajar diberikan kepada syarikat midstream yang terbukti lebih defensif,” jelasnya.

Dalam kalangan saham sektor, Dialog terus menjadi pilihan utama dengan saranan ‘beli’ dan harga sasaran (TP) RM2.17 sesaham.

Firma berkata sumber pendapatan Dialog dijangka kembali stabil pada separuh pertama tahun kewangan 2026, dipacu permintaan simpanan minyak yang meningkat dan pengembangan berfasa terminal air dalam Pengerang, selain sumbangan berterusan daripada perniagaan huluan melalui Baram Junior Cluster. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN