PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) kekal AS$124.1 bilion setakat 27 November 2025 dan pada 14 November 2025.
BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab merangkumi mata wang asing berjumlah AS$109.8 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas atau SDR (AS$5.9 bilion), emas (AS$4.8 bilion) dan aset rizab lain sebanyak AS$2.3 bilion.
Jumlah aset keseluruhan adalah RM610.25 bilion, terdiri daripada pertukaran emas dan mata wang asing serta rizab lain termasuk SDR (RM522.78 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.90bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.23 bilion), tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.56 bilion) serta aset lain (RM40.16 bilion).
Jumlah modal dan liabiliti juga berjumlah RM617.78 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM205.34 bilion), mata wang dalam edaran (RM174.80 bilion), deposit institusi kewangan (RM121.42 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM4.04 bilion), deposit lain (RM65.85 bilion), kertas Bank Negara (RM8.52 bilion), peruntukan SDR (RM27.87 bilion) serta liabiliti lain (RM3.27 bilion).-UTUSAN










