MELABUR dalam pasaran emas memerlukan kefahaman yang baik serta perancangan yang teliti. Emas bukanlah instrumen untuk mendapatkan keuntungan segera, sebaliknya ia lebih sesuai dijadikan sebagai simpanan jangka panjang bagi melindungi nilai wang daripada inflasi. Pelabur disaran untuk bermula dengan modal kecil dan memilih jenis pelaburan emas yang sesuai, sama ada emas fizikal atau akaun emas yang dipercayai. Selain itu, pembelian emas perlu dibuat secara konsisten tanpa mengikut emosi turun naik…










