PETALING JAYA: Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) jalin usaha sama strategik dengan KLK Land Sdn. Bhd. bagi membangunkan taman perindustrian bernilai RM2.26 bilion di atas tanah pegangan bebas seluas 169.65 hektar di Kulai, Johor, yang terletak dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Mah Sing dalam kenyataannya berkata, projek yang dikenali sebagai MS Industrial Park @ Kulai itu akan dibangunkan menerusi struktur usaha sama dengan pegangan ekuiti 60 peratus oleh…










