PETALING JAYA: Misi Pemerkasaan Eksport dalam Industri Maritim ke Abu Dhabi dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) meraih jumlah jualan eksport sebanyak RM404.17 juta (AS$94.83 juta), melebihi sasaran awal iaitu RM200 juta. Misi perdagangan berimpak tinggi yang diketuai oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) itu bertujuan mewujudkan rangkaian perniagaan strategik yang memberi tumpuan kepada sektor maritim Malaysia. Matrade berkata, keputusan memberangsangkan tersebut menunjukkan peningkatan daya saing serta kepentingan…











